Rabu, 4 Julai 2012

Kata Semangat

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Sabtu, 30 Jun 2012

i Love My Work






kenangan dalam waktu bekerja...


Sabtu, 27 November 2010

Ku lalaui Hidup ini Walaupun Sukar

Bersama hari-hari semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara.. Ya, hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga.

Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku.

Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua.Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.

Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati lelaki seperti aku, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang lelaki. Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk engkau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.

Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.

Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya.. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki.. Walaupun kelak lelaki itu bukannya aku… Terima Kasih atas segala-galanya…

Sabtu, 10 April 2010

This My Life

All About Me family and my friendz....apa yg terjadi dlm hidup ini bukan lah satu bebanan tetapi suatu pengajaran untuk kita renungkan...kerana DIA lebih mengetahui tentang takdir perjalanan hidup kita... bg aku walau apa pown yg terjadi aku tetap yakin bahawa hidup ini umpama satu permainan seandainya kita lalai dan alpa pasti kita akan tersungkur ....tetapi sebalik nya kalau kita sentiasa berwaspada dan beringat dan tidak pernah melupakan DIA Allah yg satu InsyaAllah hidup kita pasti mendapat keberkatan dan dipermudahkan...


Masa lalu adalah kenangan ...apa yg kita lalui adalah pengalaman hidup sama ada baik atau pown tidak hanya kita yg ketahui...kerana hati dan persaan kita berbeza...biar apa orang nk kata yg penting kita tahu hidup ini milik ALLAH S.W.T.....